Saturday, July 5, 2014

Honeymoon in BALI ~ Part 2

Salam ramadhan semua! Puasa tak? Masih puasa ok.. target nak penuh tahun ni. Erk! Kalau tak diberi 'cuti bulanan'.. hihihihi.. 

Ok now tengah sahur.. masa ni lah nak update cerita lagi.. jenuh menaip pake hp je tau.. nak buat macam mana. Laptop ku sudah diwakafkan pada adik ku... huhuhu... sob sob sob....

Ok sila abaikan semua cerita mengarut itu semua.. jom sambung cerita Bali.. ok seperti yang aku pernah maklumkan dulu yang kite mempunyai waktu yang sama dengan bali.. tapi bab cuaca memang berbeza.. kul 6 pagi macam pukul 7.30.. terkejut aku.. ingat dah lambat. So kat bali ni, dorang gerak semua awal.. supir aku dah bagitau setiap aktiviti semua mula pukul 8.. ok.. kul 6.30 aku bangun then siap2 terus pergi breakfast kt hotel.. disebabkan aku booking hotel guna airasiago (murah sikit)..aku xdisediakan breakfast tapi kan aku ada bayar 2 juta rupiah untuk deposit tu.. so aku hanya makan dulu dan die tolak dengan deposit aku.. ok.. xmahal bile makan hotel tu.. satu orang lebih kurang 115,000 kire RM20 lebih je.. oklah tu.. so kul 8 supir aku pak yanto sampai dulu..

Aku pun naik kereta pak yanto... kereta mcm mpv gak just lagi cantik (suzuki) dari kereta mpv pak dani (isuzu).. first destination kitorang pergi ke tempat pembuat silver yang tulin. Aku dapat tengok dan pegang tau tapi tak beli sebab mahal gak.. memang cantik tapi nasib mata aku tak berapa ranjang sangat dengan barang2 macam tu..

Nama tempat silver tu

Silver tulin sebelum diprocess.. kilau2 dan inaiku pun masih merah menyala..


Then, second destination kitorang pula pergi ke tempat orang lukisan.. tak beli pun.. tak tahu nak guna pe lukisan tu.. mahal pulak tu.. oh ya! Dibali mereka biasa nye ada kumpulan dalam setiap kampung or penempatan mereka.. hanya kawasan kampung.. bukan di bandar.. kalau kite pergi ke kg lukisan.. semua orang kerjanya melukis je.. kalau kg kopi..semua orang buat kopi je.. kalau kg tu buat silver..semua orang bt silver je.. unik kan.. nasib xbergaduh.. kalau malaysia habis semua mati kena santau..huhuhuhu..

Poyo je macam faham je kan


Nama tempat lukisan yang kami pergi.

Tempat masak lukisann.. sedap lah kot...





Then, tempat ketiga aku pergi kat tempat kopi.. kopi2 kat sini banyak pilihan tau. Antara yang aku ingat ada kopi bali, kopi luwak, lemongrass kopi, ginseng, vanilla kopi, dan lain2... tak silap ada 13 jenis kopi.. memang sedap.... aku beli semua yang aku senarai kan tu except kopi luwak sebab kopi dibuat dari tahi haiwan luwak.. cara nya si luwak ni makan kopi dan kopi tu ibarat di peram dalam perut die dan bile die berak keluar lah kopi tadi (tak hancur) dah masak.. ko dorang process kan untuk jadi kopi luwak dan kopi tu gak yang termahal kat situ... fav aku kopi ginseng dan lemongrass (rasa nak lari sejauh 5000m je sbb tlbh tenaga)

Dalam kedai kopi

Ni beraneka jenis kopi untuk dirasa terlebih dulu.. mmg terbaik bancuhan die..


Pak yanto our main supir!

Process kopi

Si luwak

Career baru..

Pose ke?

Perjalanan nak masuk kedalam tempat kopi.. dalam hutan..

Ok next, kami dah kebulur.. so kami pun nak mamam... jom mamam dulu.. kami makan tengahari di gunung berapi batur.. masih aktif tapi die tak membahaya kan.. nice view.. makanan halal dan sedap dan murah dan sejuk beku kawasan tu.. feeling fraser 







Next destination kami, pergi ke sawah padi bukit..aku tak ingat nama die.. lebih kurang rice terrace kot.... just for view.. situ pun ada orang jual2 barang.. pandai lah bargain tapi lebih baik shopping di tempat shopping.. 




Last detination kami ialah SHOPPING!!!!!! Kami shopping di krisna.. tempat yang famous dan murah gila lah... tak yah cerita panjang2.. layan gambar je... jom..


Rambang mata lah tu.. fikir nak beli ole2 pe..


Ni je? Alahai murahnya...

End of today.... next entry pulak.. sebab satu hari activity memang banyak.. panjang sangat entry kalu nak cerita semua..

No comments: